I am secretly, perfectly tall

13.7.11

Perubahan merubah perubahan

Dengan penuh bangganya, aku berjaya puasa sampai habis harini.syukurnya, aku takmati lagi akibat kelaparan.

dah terhantuk baru terngadah, biasalah tu. selepas banyak sangat malapetaka yang dok shoot aku tahun ni, baru aku nak gelabah betulkan semua. kalau tak, selesa sangat. manja!

aku dah penat buat sesuatu yang aku tahu dosa tapi aku suka. aku penat diturunkan Allah bala bertimpatimpa kesan perbuatan jahat aku.

so, Kaseh merupakan percubaan kedua aku selepas percubaan pertama menjadi Nur gagal. Sebab menjadi Mira itu sememangnya hardcore!

ya, aku tahu aku banyak jahat dari baik. tapi aku pun nak masuk syurga macam korangkorang jugak. sejahatjahat aku, aku pun teringin nak tolong orang miskin dengan bagi seguni duit dan letak depan rumah dorang dengan nota kecil, "rezeki dari langit,". serius aku nak. cuma aku takmampu lagi. bila aku dah kaya nanti, dan aku lupa yang ni, tolong ingatkan aku.

sebagai seorang islam, sudah pasti aku nak masuk syurga tapi everyone knows i'm heading to the hell. bukak aje kasut, aku dah bau api neraka.  (-__-')

apapun, puasa tahun ni aku ada banyak azam yang nak dicapai. mungkin tinggi nun atas sana, tapi kalau aku guna tangga atau sedikit menjinjing tak salah kan?