I am secretly, perfectly tall

5.9.11

taksama.

awak rasa saya tak ada apa apa,
sebab apa awak tengok ada pada awak takde pada saya.

awak rasa awak dapat kawal dunia saya,
bila saya selalu biarkan kaki awak atas kepala saya.

awak rasa awak sangat betul bila awak maki saya,
dan saya selalu tak peduli nak membela diri.

awak perlakulah ke saya apaapa sahaja.
saya okayokay sahaja.

cakaplah saya bodoh, dungu dan bendul.
saya tak hidup untuk puaskan orang,
kata orang, pandangan orang, fikiran orang,

saya juga tak hidup dengan penuh mulia dan sempurna.
tak ada cacat cela.
awak mungkin tak sedar yang awak juga tidak.

kita cuma kena berpegang pada hakikat yang kita ini manusia.
kita mungkin punya sesuatu tapi bukan semuanya.

tuhan jadikan manusia berbezabeza namun ada juga yang serupa.
dan saya selalu ingatkan diri yang saya takkan mati dek cakapcakap awak.

sila teruskan pesen awak yang suka mengutuk, merendah, melekehkan orang.
sebab tuhan jadikan awak macam tu.
dan saya tak dijadikan untuk melawan setiap satu dari semuanya.