I am secretly, perfectly tall

6.9.11

semester dua.

sepanjang aku belajar di universiti, aku tak pernah jadi senior. takpernah rasa ada junior.

alah, time semester tiga diploma, setakat suruh budakbudak semester satu sidai baju and buang sampah bilik aku dari tingkat paling atas bukan thrill sangat pun. tak rasa superior pun. 

tup tup aku dah masuk degree. tak merasa sem empat lima enam kat diploma. takboleh nak update status tentang betapa kimaknya juniorjunior macam budakbudak satu batch dengan aku yang masih berdiploma buat dalam facebook.

awalawal naik degree dah cuti empat bulan heaven habis. 

cuti bagi aku adalah cuti yang secuticutinya.
aku tak ingat yang aku ni duapuluh tahun bila kat rumah.

nak tolong mengemas, basuh baju, sidai baju, apatah lagi memasak, semua dah ditanggung beres kakakkakak aku.
maklumlah junior in the family.

walaupun bukan yang paling disayangi, tapi aku lah anak yang paling lucky.

bangun je tidur, makanan dah terhidang, pukul dua hingga pukul lima setengah conquer tv, kadangkadang melayan tv 9, kadangkadang main game, ikutlah mana aku rasa nak, kemudian mengacau anak sedara aku yang dua tahun lebih, selagi tak menangis, selagi tu aku tak puas. makan lagi, tidur, online dan macam tulah ulangulang kalinya.

mujurlah abah aku ni kuat membebel untuk sedarkan aku betapa tuanya aku untuk buat bendabenda tu semua.

oh mira coquetas, kau dah tua. damn.