I am secretly, perfectly tall

19.1.12

peanut forget skin. (kacang lupa kulit)

Everyone does makes mistakes.

orang melayu pun tersasul dengan bahasa sendiri.
apatah lagi orang melayu yang belajar oversea.
takkan nak expect 100% bahasa inggeris awak betul.
sekalisekala orang tegur pandanglah dengan cara positif
bukan nak awak mention awak berkelulusan US.

satu lagi, bila ada orang tegur kelakuan awak,
janganlah mencerminkan balik teguran orang tu,
sekalisekala ambiklah teguran tu secara positif,
bukan nak awak bertikamlidah,
amar makruf nahi mungkar kan tanggungjawab bersama.

paling tak elok, bila awak pandang bangsa awak sendiri,
dengan rendah, hina, dan kolot. awak tak rasa bersalah ke?
pakai tudung bukan kolot, cakap melayu bukan bodoh,
tak pergi club bukan ketinggalan zaman.
tolonglah, awak tu melayu, rambut hitam, bukan blonde,
jangan angkat bangsa orang lain dengan menjahanamkan bangsa sendiri.
malulah saya berbangsa sepayung dengan awak.

entah-lah.
seberlagak awak dengan arus modenisasi dunia ni,
laparlapar pun tetap makan nasi,
macammana awak 'eew'kan masakan melayu/
bila takut, pandai ingat tuhan,
macammana takpedulinya awak dengan islam,
bila jatuh pandai rendah diri.
macammana tingginya hidung awak angkatkan.

tak elok tau.

kalau awak takbuat ni kan okay,
takpayah saya tulis entri ni.

lagipun, biasalah.
awak dalam kitakita.

-Gudnait-
jom layan.