I am secretly, perfectly tall

9.4.12

Kewaja

Inilah tempat aku betul betul percaya lelaki sundal lagi ramai dari perempuan sundal.







Kerana perempuan cuma ada satu dara dan kerana perempuan boleh mengandung, kau cuma letak semua salah pada perempuan. Padahal kau tahu hilangnya dara perempuan dan mengandungnya dia kerana lelaki. 

Kau salahkan perempuan yang cuba gugurkan bayi padahal tanggapan sinis kau sendiri yang sebenarnya memaksa dia berdosa.

Kau salahkan perempuan kerana menjadi terlalu murah untuk disentuh padahal kau tahu masakan pokok bergoyang kalau tiada angin.

Kau salahkan perempuan kerana menjadi bodoh dan terlalu cepat memberi padahal kau tahu siapa yang memujuk dan memberi harapan palsu.

Salahkan perempuan kerana menjadi terlalu sundal, terlalu bodoh dan terlalu bohsia sampai terlanjur. Dan lelaki pula, cuma mahu yang dara, perempuan kelas satu dan jijikkan perempuan semacam ni padahal kau sendiri tahu bukan cuma salah dia.Terima kasih masyarakat kerana cepat menghukum hakim kan perempuan.

Tapi aku percaya perempuan perempuan yang aku jumpa di sini, sudah bukan calang perempuan. Mereka cukup solehah untuk dijadikan isteri cuma kau masyarakat, untuk menerima atau terus dengan tanggapan kejam kau.

KEWAJA - Wanita didahulukan, Maruah diutamakan. 


Ini rumah perlindungan wanita, bukan serenti bukan tempat pesalah menjalankan hukuman. Lebih 70 orang penghuni dan sebilangan besar mereka rela diri membosankan diri semata mahu menjaga kandungan dan menutup aib. Have a heart. They dont dump the babies. They do have a heart, why didnt you?